Sunday 3 September 2023

 


MENGINGATI PEMERGIAN AL-SYAHID SYED QUTUB 29 OGOS 1966

 

Al-Syahid Dr Abdullah Azzam menukilkan dalam buku “Tokoh Hebat Pemikiran Islam”:

Ketika Syed Qutub dibawa ke tali gantung, beliau dihampiri seorang ulama al-Azhar lalu mengajarkanya  kalimah  “La ilahaillallah”. Beliau menjawab: sehingga engkau syeikh menyempurnakan wayang ini, kami wahai akhi digantung, kerana kalimah ini..

 

Kematiannya menjadi peristiwa sedih dan pedih kepada dunia Islam. Didirikan solat ghaib di kebanyakan negara. Tidak sampai beberapa bulan selepas pembunuhannya berlaku kekalahan besar Mesir, Jordan, Syria menentang negara pengganas Israel yang dikenali sebagai nakbah 1967. Hasilnya Semenanjung Sinai, Bukit Golan, Tebing Barat jatuh ke tangan musuh.

 

Seorang pemimpin Maghribi al-Fasi menulis:

Allah tidak akan memberi kemenangan dalam peperangan yang dipimpin oleh pembunuh Syed Qutub.

Thursday 5 January 2023

Pilihanraya Tempatan

 



Telah dijangka DAP telah memulakan agenda satu demi satu... Semalam konvensyen DAP KL telah meluluskan resolusi menuntut Pilihanraya PBT.

Bila mana agenda DAP ini dilaksanakan dan diluluskan, maka ternyatalah MELAYU akan merempat di Tanah Melayu sendiri!!


_DonJuan_


 

*PILIHANRAYA TEMPATAN : CARA HALUS DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KUASA MELAYU*


*1⃣    Mahathir Gagal.. menegaskan Pilihanraya Tempatan tidak akan dilaksanakan, walaupun menerima tekanan hebat, terutamanya dari DAP.*

*2⃣      Kali terakhir Pilihanraya Tempatan dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan menghapuskannya sejak itu.*

*3⃣     Apa maksudnya dan ancamannya dari Pilihanraya Tempatan ini, sampaikan DAP tergila-gila mahukannya?*

*4⃣    Pilihanraya Tempatan diadakan bertujuan untuk memilih wakil kerajaan tempatan. Umpama Datuk Bandar, Yang diPertua Majlis dan Ahli Majlis.*

*5⃣    Sekarang ini, jawatan-jawatan itu diisi oleh mereka yang dipilih terus oleh kerajaan, dan kebanyakan dari mereka ini adalah Melayu.*

*6⃣    Tapi, bila Pilihanraya Tempatan dilaksana, orang Cina boleh memilih pemimpin Cina untuk mengetuai bandar-bandar besar.*

*7⃣    Sedia maklum, kaum Cina adalah majoriti di bandar besar. Dengan mudah mereka boleh memilih pemimpin kaum mereka untuk menguasai bandar-bandar besar ini.*

*8⃣    Bayangkan jika Datuk Bandar dan pemimpin setempat Kuala Lumpur semuanya Cina. Mereka ini akan mempunyai banyak kuasa untuk menindas dan mendiskriminasi perniagaan dan masyarakat Melayu keluar dari ibu kota.*

*9⃣    Sudah tentu polisi mereka nanti hanya akan menguntungkan kaum mereka sahaja, dan kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mereka. Maka, bandar-bandar besar akan dikuasai oleh golongan Cina Komunis yang kaya sahaja.*

*🔟Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang-undang kecil.*

*11 Sebab inilah DAP sangat mahukan Pilihanraya Tempatan. Ianya untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara.*

*12  Setelah episod ICERD mula lega dengan kemenangan bagi orang Melayu. Kini, DAP masih belum berputus asa untuk menguasai negara dengan apa cara sekalipun.*

*13    oleh itu, orang Melayu harus berhati-hati dgn Barua Komunis. Perjuangan belum selesai,kita jangan leka kalau kita tidak cukup tidur memikirkan untuk mempertahankan Agama dan Bangsa, mereka pun sama tidak cukup tidur memikirkan untuk menghancurkan Agama dan Bangsa kita, oleh itu bersatulah demi Agama dan Tanahair.*


#https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/08/konvensyen-dap-kl-lulus-resolusi-tuntut-pilihan-raya-pbt/




10 FAKTA TERKINI YANG MENARIK MENGENAI POLITIK NEGARA DI PENGHUJUNG TAHUN 2022 INI.


29 Disember 2022 |

By : Saiful Bahar.


1.  Pertama, adalah amat nyata bahawa ini bukan satu Kerajaan Perpaduan seperti arahan YDP Agong.


Kerajaan Perpaduan adalah satu Kerajaan dimana tiada parti pembangkang. Kerajaan Perpaduan bermaksud A Unity Government. 


A Unity Government telah dicadangkan oleh Tun Mahathir pada bulan Febuari 2020 tetapi ditolak oleh semua pihak kerana Tun mahu melantik banyak golongan technokrat dan profesional dalam Kabinet tanpa mengira kepentingan parti politik lain. Kerajaan luar tabie,penipuan komplot zahid anwar terdiri dari penyamum, korupsi, bekas penjenayah.....


2.  Kedua, ini adalah satu Kerajaan Campuran PH, UMNO dan GPS Sarawak bukan Kerajaan Campuran yang anggotai oleh Barisan Nasional.


Ini adalah kerana MCA tidak mahu duduk didalam Kabinet bersama dengan Menteri dari DAP.


MIC juga tidak mahu duduk semeja dalam Kabinet dengan PKR dan DAP.


Hanya wakil dari UMNO dan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sahaja yang mewakili Barisan Nasional.


3.  Ketiga, kesemua Pengerusi dan Board Members GLC, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun dipecat dengan serta-merta.


Yang pasti ini dilakukan untuk pembersihan daripada orang-orang politik dari parti BERSATU, PAS dan Gerakan.


Manakala dijangka hanya Ahli-Ahli Politik UMNO yang menyokong TPM, Zahid Hamidi sahaja akan dilantik mengisi kekosongan yang berlaku.


Sungguh licik permainan politik ini, sbgmana percaturan penipuan dlm pembentukan kerajaan luar tabie & bukan ketajaan perpaduan. Haram mengunapakai istilah PERPADUAN kerana ada nya pembangkang.


4.  Keempat, parti UMNO akan membuat pindaan Perlembagaan parti bagi mengukuhkan lagi MOU yang ditanda-tangani bersama dengan Pakatan Harapan.


Ini juga bertujuan untuk mengosongkan mana-mana kerusi Parlimen sekiranya ada Ahli Parlimen BN melompat dan memberi sokongan kepada pihak lawan.


5.  Kelima, Parti DAP yang mempunyai seramai 40 Ahli Parlimen iaitu jauh lebih drp. Parti PKR yang ada 31 Ahli Parlimen, sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada PM X, Anwar Ibrahim agar Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan dalam jangka masa 5 tahun mereka memerintah. Sebab  itu menteri nya dari DAP , Ngor komeng yg rasist  di beri jawatan kerana ada nya agenda muslihat jahat. Pemimpin melayu yg lain bolih di perbodohkan mcm lembu saja.


Ini bertujuan agar parti DAP melalui sokongan orang-orang Cina didalam bandar, akan berupaya menguasai bandar-bandar utama Negara seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Seremban, Bandar Melaka, Johor Baharu, Kuching, Sibu, Miri dan Kota Kinabalu.


6.  Keenam, Presiden UMNO semalam menyatakan bahawa walaupun BN menang hanya 30 kerusi Parlimen tetapi berupaya mendapat kuota 6 orang Menteri Kabinet berbanding dengan DAP, yang mempunyai 40 Ahli Parlimen tetapi hanya dapat kuota 4 orang Menteri Kabinet. Kerajaan ini hanya dapat sokongan 90% dari pengundi bukan Melayu di beri kuasa utk berkerajaan. Parti Melayu, PAS & BERSATU yg 100% dari pengundi Melayu tidak di beri kuasa  berkerajaan akan bawa suasana ketegangan dlm politik Tanah Air kerana Melayu 60%  penduduk Malaysia.


DAP mempunyai Ajenda yang lebih besar.


Iaitu dengan sokongan 148 Ahli Parlimen terhadap PM X Anwar Ibrahim, bermakna kumpulan mereka mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat (Parlimen).


Ini juga bermakna, mereka boleh memaksa Kerajaan PH lakukan persempadanan semula kawasan kerusi-kerusi Parlimen dalam bandar.


Secara kasarnya, dijangkakan lebih kurang 30 kerusi Parlimen baru dalam bandar dengan majoriti Cina boleh dibuat kali ini.


Ini bermakna parti DAP berkemampuan menang lagi 30 kerusi Parlimen pada PRU ke 16.


40 kerusi dicampur dengan 30 kerusi Parlimen yang baru, DAP  boleh menang 70 kerusi Parlimen dan secara langsung menjadikan DAP sebagai Blok Parti Politik paling kuat di Negara Malaysia ini.


7.  Ketujuh. Sekiranya DAP berjaya mendapatkan kelulusan untuk mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di bandar-bandar Utama Negara ini.

Tuesday 27 December 2022

Kekuatan umat Islam

Menjejaki kaki ke kota Mekah memberi keinsafan kepada diri ini untuk melihat kepelbagaian bangsa umat Islam seluruh dunia. Betapa tepatnya kefarduan ibadat haji setahun sekali diwajibkan kepada umat Islam  yang mampu. Merasai sendiri ummah ini miliki kekuatan yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh agama lain.

 Namun apabila melihat realiti umat Islam hari ini mereka dilanda kelemahan, walaupun mereka ada kekuatan yang masih tidak digembleng. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Daripada benua India, Asia, Eropah, Amerika dan Russia. Mempunyai pelbagai warna kulit, bahasa dan  budaya.


Bayangkan jika mereka bersatu tenaga, minda dan intelektual betapa hebatnya ummah ini. Namun mereka masih lagi dipisahkan oleh sempadan geografi yang diwujudkan oleh musuh mereka.

 

Bilakah  masanya tenaga mereka yang hebat ini mampu dikumpulkan untuk bangkit kembali menguasai dunia. meruntuhkan hegemoni Barat Kapitalis yang mengeksploitasi manusia untuk kepentingan pemodal.

Tuesday 5 January 2021

Dilema Politik Islam Masa Kini

Masyarakat sedang memerhatikan gelagat pemimpin Islam yang dilantik sebagai pemimpin negeri atau negara. Tidak cukup mengatakan wajib melantik mereka  setiap kali pilihanraya umum bagi membolehkan mereka mentadbir urusan pentadbiran rakyat. Perkara yang lebih penting ialah apakah perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Sama ada pembangunan kerohanian atau pembangunan zahir, seperti kemudahan rakyat, pekerjaan, perumahan, lebuhraya dan lain-lain lagi. Rakyat ingin melihat sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

Sebagai contoh negeri Kelantan telah berjaya dimenangi oleh parti Islam semenjak tahun 1990 lagi. Ini bermakna sudah 30 tahun Islam mentadbir. Satu tempoh yang agak lama untuk merancang pembangunan dari sudut ekonomi dan sosial. Seperti seloroh Tengku Razaleigh Hamzah, Kelantan masih lagi tidak mampu selesai air keruh.

Mungkin ada orang yang mengatakan negeri Kelantan tidak ada duit. Tempoh 30 tahun sudah boleh merancang pembangunan ekonomi yang mampan di bawah kuasa negeri. Ramai profesor ekonomi yang berasal dari rakyat Kelantan boleh digemblengkan untuk memajukan negeri kelahiran.

Memang Islam itu sifatnya syumul. Tetapi tidak semua yang perlu dibuat dijelaskan dengan terperinci dalam al-Quran. Disebut  secara umum sahaja. contohnya sistem pemerintahan pun tidak ditentukan bentuk dan coraknya. Sejarah Islam dipenuhi dengan sistem beraja. Namun setakat yang diketahui tidak ada ulama Islam yang mengatakan itulah satu-satu sistem politik Islam. Islam telah terbukti membawa kemajuan kepada empayar Andalus sehingga boleh dilihat sehingga hari ini. Teknologi pengaliran air tanpa kuasa elektrik dan sebagainya.  Kemajuan kebendaan  amat berkait rapat. Sesuai dengan seruan Islam mementingkan kemajuan kerohanian,  mahupun kebendaan.

Kelemahan ini dipergunakan  oleh parti-parti politik yang berlatarbelakangkan sekular liberal untuk memperkecilkan politik Islam. Ada dalam kalangan mereka secara sinis melemparkan tuduhan parti yang memperalatkan dan mempergunakan Islam.  Tuduhan ini walaupun berat, tetapi elok juga dijadikan pengajaran kepada  semua yang memperjuangkan politik Islam. Tidak boleh bergantung hanya kepada semangat dan slogan kita mesti Islam dari sudut politik atau Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah.

Tidak boleh dijadikan hujah redha dengan keadaan yang ada, tanpa memikirkan solusi dan penyelesaian.

 

Wednesday 26 June 2019

Cinta Abadi

 Image result for hati bahagia

“Cinta bukan di mata, cinta hadir dalam jiwa”.
“Cinta  bukannya  harta, cinta adalah jiwa”.

Itulah bait lagu yang sering didendangkan bagi meluahkan hakikat sebuah cinta. Erti  cinta tidak terletak kepada pandangan mata yang terpesona dengan kecantikan seorang wanita. 

Bukan juga dengan harta yang melimpah.  Ia  tertanam kukuh  dalam lubuk hati manusia. Tidak ada kuasa dunia mampu mencabutnya. Walaupun mereka boleh menguasai jasad, namun hati tetap milik mereka sendiri. Itulah kuasa cinta anugerah ilahi. 

Sebagaimana yang disebut dalam hadith, apabila kita mencintai seseorang sudah pasti, suatu hari kita akan berpisah dengannya jua, walaupun sedalam mana cinta kita.
Hakikat yang terpaksa diterima manusia. Sama ada suka atau tidak. Masa tetap berlalu pergi begitu cepat. Ia adalah peraturan alam yang tidak pernah mungkir sejak azali. Tidak ada manusia yang kekal abadi. 

Kuasa cinta begitu hebat dan agung dalam kehidupan manusia.  Kisah sahabat nabi s.a.w yang tidak sanggup walaupun baginda terkena duri, apabila ditanya sanggupkah mereka diganti dengan rasulullah s.a.w. menerima penyiksaan. Abu Sufyan sebelum  memeluk Islam merasa hairan sehingga beliau mengatakan aku tidak pernah melihat manusia yang cinta kepada seseorang seperti sahabat Muhamad mencintainya. 

 



Sunday 22 July 2018




  " عندما نعيش لذواتنا فحسب تبدو الحياة قصيرةً ضئيلة تبدأ من حيث بدأنا نحن , وتنتهي بانتهاء عمرنا المحدود. أما عندما نعيش لفكرة فإن الحياة تبدو طويلة عميقة تبدأ من حيث بدأت الإنسانية وتمتد بعد مفارقتنا الحياة"
الشهيد سيد قطب

Sayyid Qutb  pernah mengungkap:

“Ketika kita hidup untuk memenuhi hanya keperluan kita sahaja,  hidup ini pasti singkat dengan kematian. Namun jika kita hidup untuk berjuang  menegakkan  fikrah yang kita yakin dan iman, hidup amat panjang dan mendalam bermulanya manusia dan berterusan selepas kamatian”..


Kehidupan dan kematianya  telah  membuktikan kata-katanya. Walaupun beliau telah pergi meninggalkan dunia ini, namun pemikiran dakwahnya terus subur membaja generasi seterusnya.

Tuesday 1 August 2017




Kehidupan

Pengalaman memelihara ikan dalam sangkar banyak mengajar erti kehidupan. Ketabahan dan kesabaran yang berterusan. Tidak cepat putus  asa. Walaupun  dilanda penyakit dan kematian ikan yang dipelihara dalam tempoh masa yang panjang. Sekiranya cepat putus harap alamatnya kejayaan semakin jauh. Harapan kita hanya satu, iaitu mengharapkan Allah SWT. 

Ia juga berkait rapat dengan alam sekitar  dan habitat yang didiami. Kita tidak mampu
 lari daripada persekitaran yang melingkari  kehidupan ini. Begitu jua kehidupan sehari-hari. Tanggungjawab kita merubah ke arah yang lebih baik. Kalau tidak berusaha ke arah itu ia akan merosakkan segala kebaikan yang dibina sebelum ini. 

Monday 17 July 2017