Tuesday 27 December 2022

Kekuatan umat Islam

Menjejaki kaki ke kota Mekah memberi keinsafan kepada diri ini untuk melihat kepelbagaian bangsa umat Islam seluruh dunia. Betapa tepatnya kefarduan ibadat haji setahun sekali diwajibkan kepada umat Islam  yang mampu. Merasai sendiri ummah ini miliki kekuatan yang tersendiri yang tidak dimiliki oleh agama lain.

 Namun apabila melihat realiti umat Islam hari ini mereka dilanda kelemahan, walaupun mereka ada kekuatan yang masih tidak digembleng. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Daripada benua India, Asia, Eropah, Amerika dan Russia. Mempunyai pelbagai warna kulit, bahasa dan  budaya.


Bayangkan jika mereka bersatu tenaga, minda dan intelektual betapa hebatnya ummah ini. Namun mereka masih lagi dipisahkan oleh sempadan geografi yang diwujudkan oleh musuh mereka.

 

Bilakah  masanya tenaga mereka yang hebat ini mampu dikumpulkan untuk bangkit kembali menguasai dunia. meruntuhkan hegemoni Barat Kapitalis yang mengeksploitasi manusia untuk kepentingan pemodal.