Sunday 3 September 2023

 


MENGINGATI PEMERGIAN AL-SYAHID SYED QUTUB 29 OGOS 1966

 

Al-Syahid Dr Abdullah Azzam menukilkan dalam buku “Tokoh Hebat Pemikiran Islam”:

Ketika Syed Qutub dibawa ke tali gantung, beliau dihampiri seorang ulama al-Azhar lalu mengajarkanya  kalimah  “La ilahaillallah”. Beliau menjawab: sehingga engkau syeikh menyempurnakan wayang ini, kami wahai akhi digantung, kerana kalimah ini..

 

Kematiannya menjadi peristiwa sedih dan pedih kepada dunia Islam. Didirikan solat ghaib di kebanyakan negara. Tidak sampai beberapa bulan selepas pembunuhannya berlaku kekalahan besar Mesir, Jordan, Syria menentang negara pengganas Israel yang dikenali sebagai nakbah 1967. Hasilnya Semenanjung Sinai, Bukit Golan, Tebing Barat jatuh ke tangan musuh.

 

Seorang pemimpin Maghribi al-Fasi menulis:

Allah tidak akan memberi kemenangan dalam peperangan yang dipimpin oleh pembunuh Syed Qutub.